18 Mac 2006

Politik Minyak

Image Hosted by ImageShack.us Aku tak taulah samada mereka ni tau atau tidak kenapa harga minyak perlu dinaikkan dan betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang tak perlu menanggung bahang kenaikan harga minyak di seluruh dunia sepenuhnya di bahu mereka? Kalau tidak kerana subsidi kerajaan, kita pasti akan penat mengeleng kepala melihat harga minyak yang saban hari naik (bukan setahun sekali) bukan setakat 30 sen tapi beringgit-ringgit. Jadi, aku ingin sangat tahu, apa hasil yang diharapkan oleh penampal-penampal notis "Harga Mintak Naik??? Untuk Bantu Rakyat Jangan Bimbang Thn Depan Naik Lagi!!!" ni? Nak pelajar-pelajar mogok di semua stesen minyak? Atau saja nak tarik pelajar-pelajar pak turut masuk ke parti pembangkang? Kalau tak puas hati dengan kenaikan harga minyak, bagilah ide yang berkesan supaya dapat membantu mengurangkan beban rakyat, bukan setakat menampal notis sindiran dan provokasi.

Yang menjadi tukang tampal notis-notis tak sah ni terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Namanya saja budak U, tapi setiap tindakan yang mereka lakukan setakat ni tak langsung mencerminkan status yang mereka pegang. Tak kisahlah apa saja ideologi politik yang mereka sokong, yang penting setiap perlakuan yang dipamerkan perlu menunjukkan mereka betul-betul berilmu dan layak dipanggil pemimpin. Bukan kerana mereka dari bahagian pembangkang, kerja mereka membangkang semata-mata. Memandangkan mereka begitu berminat tentang kesan buruk setiap langkah yang diambil kerajaan, mereka sepatutnya mengutarakan setiap apa yang mereka rasa tidak baik untuk rakyat dengan diiringi ide-ide membina yang boleh diguna pakai kerajaan. Kerajaan dan pihak pembangkang perlu bekerjasama dalam membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat kerana mereka bekerja demi rakyat bukan demi nama sebuah parti. Pemimpin yang bertindak bijak dan menjaga kebajikan rakyat lebih daripada pertambahan wang dalam saku atau status tinggi dalam masyarakat akan dihormati rakyat sepanjang masa.

Bagi mereka yang tak puas hati dengan apa yang berlaku di Malaysia, cubalah tinggal seminggu dua di negara lain. Baru tau untung tidak berwarganegarakan Malaysia. Kepada penuntut-penuntut Universiti dan Kolej, jangan masukkan politik luar ke dalam kampus. Kampus adalah tempat untuk menuntut ilmu, bukan tempat untuk menjadi batu api dan boneka orang lain. Kalau nak sangat terbabit dengan politik, babitkan diri dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Politik MPP hampir sinonim dengan apa yang berlaku dalam politik main stream negara. Barulah terbukti sama ada anda boleh jadi pemimpin yang baik atau tidak. Asalkan jangan bawa sokongan luar ke dalam MPP sudah. Bagi ahli-ahli politik, jangan memperalatkan remaja dan belia yang masih menuntut. Biarkan mereka berjaya dalam pencarian ilmu. Manusia yang berilmu barulah berguna. Buat mereka yang berjuang atas nama agama, pastikan setiap kelakuan anda tidak akan mencemarkan kemuliaan nama agama yang anda pegang. Untuk menghilangkan rasa hormat dan kepercayaan seseorang mengambil masa sekelip mata. Untuk mendapatkannya semula mengambil masa bertahun-tahun. Jadi, jangan rosakkan rasa hormat dan kepercayaan yang ada perolehi kerana 2 perkara ini merupakan amanah rakyat yang paling berharga bagi seorang pemimpin,

Disqus for 365 Hari