Anugerah Sri Angkasa (ASA) diadakan semalam di Kuala Lumpur Convention Centre, dan disiarkan secara lansung melalui TV3, Astro Prima dan TV1. Biarpun ASA dinobatkan sebagai antara anugerah berprestij di Malaysia, rasa beria-ia untuk menyaksikan acara anugerah tak terbit dalam diri aku, tak sepertimana ketika Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik (AIM) bakal berlansung. Apabila disogok dengan kumunculan Aznil Hj. Nawawi sebagai pengacara, terputik sedikit rasa minat untuk menonton. Nak juga tau cara bagaimana Aznil akan jadikan ASA menjadi lebih menarik dengan gandingan pengacara Raja Azura.Aku cuma menonton 1 1/2 jam pertama saja. Dalam pukul 10:30 mlm, aku beralih ke saluran 8tv. Aku ingatkan rancangan American Idol Top 24 : Men Elimination akan ke udara waktu tu. Harapkan wajah Ryan Seacrest yang akan muncul, tapi wajah Moon Geun-yeong ,yang membawa watak pengantin perempuan muda dalam filem My Little Bride terpampang atas skrin. Rupanya filem korea yang berjudul The Innocent Steps. Nampak gayanya, American Idol akan disiarkan selepas tamatnya filem ni dan rancangan 8tv Quickie.
Memandangkan aku berkenan sungguh dengan lakonan Moon Geun-yeong dalam My Little Bride, jadi aku cuba menghabiskan masa sebelum American Idol bermula dengan menyaksikan filem ni. Gaya dan cara Moon menari nampak begitu profesional. Tentu teruk latihan yang dia perlu tempuhi untuk mendapatkan hasil yang sebegitu. Aku angkat tabik buat Moon dan para pelakon yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan watak yang mereka lakonkan nampak begitu meyakinkan. Pada pandangan aku filem ni ok. Taklah hebat sangat. Yang penting, ia berkesudahan dengan kegembiraan. Aku tak suka cerita sediih-sedih.
15 minit sebelum tengah malam, American Idol pun disiarkan. Ia dimulakan dengan persembahan dari Gideon dan diakhiri dengan persembahan Ace Young. Persembahan yang paling mengagumkan dan menghiburkan bagi aku datang dari persembahan Taylor. Dia ada suara, identiti tersendiri (rambut putihnya tu... harap-harap tak adalah hair stylist yang gatal tangan nak warnakan rambut tu dengan warna lain) dan corak persembahan yang unik setiap minggu. Kebosanan penonton hilang sekelip mata apabila melihat gelagat Taylor di atas pentas. Kalau boleh, aku nak dia kekal sehingga ke peringkat akhir. Kehadirannya pasti menjadikan American Idol menjadi lebih menarik dan menghiburkan. Selain daripada Taylor, aku juga terpegun melihat Chris. Terpegun bukan kerana persembahannya, tapi terpegun kerana betapa kacaknya Chris bila berambut. Lebih kacak lagi daripada Ace. [senyum]
Selepas rancangan ni berakhir, dikeudarakan pula American Idol : Result Show. Aku dah tau siapa yang terkeluar melalui internet. 8tv menyiarkan rancangan ni 2 hari lebih lambat dari saluran tv Amerika. Maka, keputusan rasmi sudah pun dipamerkan di laman rasmi American Idol. Dari tahap persembahan, aku merasakan yang Gideon tak patut dikeluarkan awal. Bagi aku, suara dan persembahannya tiap-tiap minggu meningkat dan jauh lebih baik daripada Ace. Sebelum ni, Gideon bukanlah antara peserta pilihan aku. Namun, semenjak melihat persembahannya pada minggu kedua penyingkiran 24 tempat teratas, aku mula tertarik hati. Dia seorang pemuda yang baik. Tak pernah lagi aku melihat dia menyampuk ketika ketiga-tiga juri memberi komen, biarpun, komen-komen tersebut cukup berbisa. Dia terima semua komen dengan senyuman dan ungkapan "May God Bless You". Baik sungguhlah dia ni. Jadi, apabila namanya dipanggil sebagai penerima undi kedua paling sedikit, aku rasa kecewa dan simpati terhadap Gideon. Pada pandangan aku, Ace dan Kevin yang patut dikeluarkan. Suara mereka taklah sehebat mana. Setakat harapkan undi penyokong fanatik saja. Huh! Jikalau, selepas ni mereka mampu membuatkan aku berkata "Wow! Cool atau Nice!), aku akan tarik balik kenyataan ni. Kinnik, Ayla dan Will pengeluaran mereka mendapat jangkaan dari aku. Persembahan mereka malam tu tak sehebat yang diharapkan. Diharapkan pengalaman ni menjadi satu pendorong untuk Gideon lebih maju dalam bidang nyanyian dan kehidupannya. Dia masih muda. Jauh lagi perjalanan yang dia perlu lalui. Hmm.. lepas ni tak ada lagi senyuman 'pelik' dari Gideon. Emm.. tak apalah. Taylor kan ada. [senyum]