24 Mac 2006

Chelsea Ke Separuh Akhir!

Image Hosted by ImageShack.us Tak sia-sia aku bersengkang mata depan t.v pada pukul 4 pagi. Semuanya berbaloi apabila aku pulang dengan senyuman lebar melekat pada muka aku. Yeah! Chelsea berjaya menewaskan Newcastle United dalam perlawanan suku akhir Piala FA malam tadi dengan jaringan 1- 0. Terubat juga kekecewaan aku di atas kekalahan Chelsea di tangan Fulham sebelum ni. Biarpun begitu, ada insiden yang aku tak berkenan sangat berlaku dalam perlawanan malam tadi. Yang paling aku tak setuju bila pemain Newcastle dilayangkan kad merah setelah mendapat kad kuning kedua malam tadi. Bagi aku tak patut sebab memang terang-terang nampak yang dia tak mengasari Wright-Phillips. Si WP tu yg jatuh sendiri. Sebagai penyokong Chelsea terasa juga malunya. Yang si Drogba tu pula, tak pandai nak tutup mulut. Asyik tak puas hati dengan keputusan pengadil. Takkan tak belajar dari kesilapan ketika mereka menentang Fulham Ahad lepas. Bukankah dia dilayangkan kad kuning disebabkan kelakuannya tu. Kali ni buat lagi. Dapat lagi kad kuning. Alahai!

Aku nak dalam perlawanan separuh akhir nanti Chelsea akan bermain-main bersungguh-sungguh sehinggalah mereka berjaya ke perlawanan akhir. Tak dilupa juga dalam perlawanan menentang Manchester City Sabtu ni. Aku tak tengok persembahan yang mengecewakan lagi seperti yang mereka tunjuk ketika tewas di tangan Fulham baru-baru ni. Jangan main sambil lewa lagi!

18 Mac 2006

Politik Minyak

Image Hosted by ImageShack.us Aku tak taulah samada mereka ni tau atau tidak kenapa harga minyak perlu dinaikkan dan betapa beruntungnya rakyat Malaysia yang tak perlu menanggung bahang kenaikan harga minyak di seluruh dunia sepenuhnya di bahu mereka? Kalau tidak kerana subsidi kerajaan, kita pasti akan penat mengeleng kepala melihat harga minyak yang saban hari naik (bukan setahun sekali) bukan setakat 30 sen tapi beringgit-ringgit. Jadi, aku ingin sangat tahu, apa hasil yang diharapkan oleh penampal-penampal notis "Harga Mintak Naik??? Untuk Bantu Rakyat Jangan Bimbang Thn Depan Naik Lagi!!!" ni? Nak pelajar-pelajar mogok di semua stesen minyak? Atau saja nak tarik pelajar-pelajar pak turut masuk ke parti pembangkang? Kalau tak puas hati dengan kenaikan harga minyak, bagilah ide yang berkesan supaya dapat membantu mengurangkan beban rakyat, bukan setakat menampal notis sindiran dan provokasi.

Yang menjadi tukang tampal notis-notis tak sah ni terdiri daripada mereka yang berpelajaran tinggi. Namanya saja budak U, tapi setiap tindakan yang mereka lakukan setakat ni tak langsung mencerminkan status yang mereka pegang. Tak kisahlah apa saja ideologi politik yang mereka sokong, yang penting setiap perlakuan yang dipamerkan perlu menunjukkan mereka betul-betul berilmu dan layak dipanggil pemimpin. Bukan kerana mereka dari bahagian pembangkang, kerja mereka membangkang semata-mata. Memandangkan mereka begitu berminat tentang kesan buruk setiap langkah yang diambil kerajaan, mereka sepatutnya mengutarakan setiap apa yang mereka rasa tidak baik untuk rakyat dengan diiringi ide-ide membina yang boleh diguna pakai kerajaan. Kerajaan dan pihak pembangkang perlu bekerjasama dalam membangunkan negara dan menjaga kebajikan rakyat kerana mereka bekerja demi rakyat bukan demi nama sebuah parti. Pemimpin yang bertindak bijak dan menjaga kebajikan rakyat lebih daripada pertambahan wang dalam saku atau status tinggi dalam masyarakat akan dihormati rakyat sepanjang masa.

Bagi mereka yang tak puas hati dengan apa yang berlaku di Malaysia, cubalah tinggal seminggu dua di negara lain. Baru tau untung tidak berwarganegarakan Malaysia. Kepada penuntut-penuntut Universiti dan Kolej, jangan masukkan politik luar ke dalam kampus. Kampus adalah tempat untuk menuntut ilmu, bukan tempat untuk menjadi batu api dan boneka orang lain. Kalau nak sangat terbabit dengan politik, babitkan diri dalam Majlis Perwakilan Pelajar. Politik MPP hampir sinonim dengan apa yang berlaku dalam politik main stream negara. Barulah terbukti sama ada anda boleh jadi pemimpin yang baik atau tidak. Asalkan jangan bawa sokongan luar ke dalam MPP sudah. Bagi ahli-ahli politik, jangan memperalatkan remaja dan belia yang masih menuntut. Biarkan mereka berjaya dalam pencarian ilmu. Manusia yang berilmu barulah berguna. Buat mereka yang berjuang atas nama agama, pastikan setiap kelakuan anda tidak akan mencemarkan kemuliaan nama agama yang anda pegang. Untuk menghilangkan rasa hormat dan kepercayaan seseorang mengambil masa sekelip mata. Untuk mendapatkannya semula mengambil masa bertahun-tahun. Jadi, jangan rosakkan rasa hormat dan kepercayaan yang ada perolehi kerana 2 perkara ini merupakan amanah rakyat yang paling berharga bagi seorang pemimpin,

Pergi Dengan Senyuman

Image Hosted by ImageShack.us Anugerah Sri Angkasa (ASA) diadakan semalam di Kuala Lumpur Convention Centre, dan disiarkan secara lansung melalui TV3, Astro Prima dan TV1. Biarpun ASA dinobatkan sebagai antara anugerah berprestij di Malaysia, rasa beria-ia untuk menyaksikan acara anugerah tak terbit dalam diri aku, tak sepertimana ketika Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Industri Muzik (AIM) bakal berlansung. Apabila disogok dengan kumunculan Aznil Hj. Nawawi sebagai pengacara, terputik sedikit rasa minat untuk menonton. Nak juga tau cara bagaimana Aznil akan jadikan ASA menjadi lebih menarik dengan gandingan pengacara Raja Azura.

Aku cuma menonton 1 1/2 jam pertama saja. Dalam pukul 10:30 mlm, aku beralih ke saluran 8tv. Aku ingatkan rancangan American Idol Top 24 : Men Elimination akan ke udara waktu tu. Harapkan wajah Ryan Seacrest yang akan muncul, tapi wajah Moon Geun-yeong ,yang membawa watak pengantin perempuan muda dalam filem My Little Bride terpampang atas skrin. Rupanya filem korea yang berjudul The Innocent Steps. Nampak gayanya, American Idol akan disiarkan selepas tamatnya filem ni dan rancangan 8tv Quickie.

Image Hosted by ImageShack.us Memandangkan aku berkenan sungguh dengan lakonan Moon Geun-yeong dalam My Little Bride, jadi aku cuba menghabiskan masa sebelum American Idol bermula dengan menyaksikan filem ni. Gaya dan cara Moon menari nampak begitu profesional. Tentu teruk latihan yang dia perlu tempuhi untuk mendapatkan hasil yang sebegitu. Aku angkat tabik buat Moon dan para pelakon yang berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menjadikan watak yang mereka lakonkan nampak begitu meyakinkan. Pada pandangan aku filem ni ok. Taklah hebat sangat. Yang penting, ia berkesudahan dengan kegembiraan. Aku tak suka cerita sediih-sedih.

Image Hosted by ImageShack.us 15 minit sebelum tengah malam, American Idol pun disiarkan. Ia dimulakan dengan persembahan dari Gideon dan diakhiri dengan persembahan Ace Young. Persembahan yang paling mengagumkan dan menghiburkan bagi aku datang dari persembahan Taylor. Dia ada suara, identiti tersendiri (rambut putihnya tu... harap-harap tak adalah hair stylist yang gatal tangan nak warnakan rambut tu dengan warna lain) dan corak persembahan yang unik setiap minggu. Kebosanan penonton hilang sekelip mata apabila melihat gelagat Taylor di atas pentas. Kalau boleh, aku nak dia kekal sehingga ke peringkat akhir. Kehadirannya pasti menjadikan American Idol menjadi lebih menarik dan menghiburkan. Selain daripada Taylor, aku juga terpegun melihat Chris. Terpegun bukan kerana persembahannya, tapi terpegun kerana betapa kacaknya Chris bila berambut. Lebih kacak lagi daripada Ace. [senyum]

Image Hosted by ImageShack.us Selepas rancangan ni berakhir, dikeudarakan pula American Idol : Result Show. Aku dah tau siapa yang terkeluar melalui internet. 8tv menyiarkan rancangan ni 2 hari lebih lambat dari saluran tv Amerika. Maka, keputusan rasmi sudah pun dipamerkan di laman rasmi American Idol. Dari tahap persembahan, aku merasakan yang Gideon tak patut dikeluarkan awal. Bagi aku, suara dan persembahannya tiap-tiap minggu meningkat dan jauh lebih baik daripada Ace. Sebelum ni, Gideon bukanlah antara peserta pilihan aku. Namun, semenjak melihat persembahannya pada minggu kedua penyingkiran 24 tempat teratas, aku mula tertarik hati. Dia seorang pemuda yang baik. Tak pernah lagi aku melihat dia menyampuk ketika ketiga-tiga juri memberi komen, biarpun, komen-komen tersebut cukup berbisa. Dia terima semua komen dengan senyuman dan ungkapan "May God Bless You". Baik sungguhlah dia ni. Jadi, apabila namanya dipanggil sebagai penerima undi kedua paling sedikit, aku rasa kecewa dan simpati terhadap Gideon. Pada pandangan aku, Ace dan Kevin yang patut dikeluarkan. Suara mereka taklah sehebat mana. Setakat harapkan undi penyokong fanatik saja. Huh! Jikalau, selepas ni mereka mampu membuatkan aku berkata "Wow! Cool atau Nice!), aku akan tarik balik kenyataan ni. Kinnik, Ayla dan Will pengeluaran mereka mendapat jangkaan dari aku. Persembahan mereka malam tu tak sehebat yang diharapkan. Diharapkan pengalaman ni menjadi satu pendorong untuk Gideon lebih maju dalam bidang nyanyian dan kehidupannya. Dia masih muda. Jauh lagi perjalanan yang dia perlu lalui. Hmm.. lepas ni tak ada lagi senyuman 'pelik' dari Gideon. Emm.. tak apalah. Taylor kan ada. [senyum]

16 Mac 2006

Sportandclubactivityholic

Image Hosted by ImageShack.us Workaholic. Alcoholic. Perkataan ni kita biasa dengar. Kalau sportandclubactivityholic macam mana? Memandangkan aku baru saja mencipta perkataan ni, jadi sememangnya orang tak tau. Sportandclubactivityholic adalah satu gelaran untuk seseorang (pelajar khususnya) begitu taksub mengikuti semua aktiviti sukan dan persatuan, yang tak mempunyai masalah pertindihan jadual antara satu sama lain jika dia turut serta. Gelaran ni sesuai sangat aku tujukan buat teman lelaki kawan aku, yang asyik sibuk memanjang dengan aktviti sukan persatuan dari pagi ke petang, dari Isnin ke Ahad. Pagi hingga petang, dia ke kelas. Sebelum senja, berlatih sukan. Malam, menyertai mesyuarat dan aktiviti persatuan. Hujung minggu pula sama ada berlatih sukan atau mengikuti aktiviti luar persatuan. Sibuk macam PM.

Aku tak nak ambil tau tentang apa yang dibuat dengan setiap saat yang ada dalam satu minggu. Aku cuma tak suka dia abaikan kawan aku. Satu semester berjumpa cuma sekali dua. Semester lepas lagi teruk, lansung tak bersua muka. Padahal kedua-duanya belajar satu universiti, duduk pula dalam asrama dalam kampus. Berapa besar sangatlah kampus ni. Hidupkan motor, gerakkan kaki, dah boleh jumpa seminit dua. Kawan aku ni baik sangat orangnya. Penyabar. Lansung tak merungut. Kalau aku yang kena, mahu seminggu dua aku tak layan si sportandclubactivityholic tu. Sampai 2 semester kawan aku diabaikan sebegitu. Bila kawan aku dah tak sanggup nak teruskan hari-hari sebagai mak we hallimunan, dia datang mengadu dengan aku, Kalau diikutkan hati, aku syorkan saja dia putus hubungan dengan mamat tu. Ada ramai lagi pemuda di luar sana yang boleh layan kawan aku ni lebih baik dari dia. Tapi disebabkan aku tak nak dicap sebagai batu api dan perosak hubungan, aku nasihatkan kawan aku supaya cuba berbincang dengan teman lelakinya. Manalah tau, boleh caari jalan terbaik yang boleh memuaskan kedua-dua pihak. Kawan aku tak mengangguk, tak pula menggeleng mendengar nasihat aku. Aku pun tak tau apa yang tengah bermain-main dalam kotak fikirannya tu.

Semuanya terjawab 2 minggu selepas 'sesi kaunseling bukan profesional' antara aku dan dia. Aku dikejutkan dengan kenyataan kawan aku iaitu dia dan si sportandclubactivity tu dah tak bersama lagi. Kawan aku yang memberi kata putus. Pada pandangan aku, itu satu langkah yang paling baik, tapi, takkan aku nak tunjuk muka gembira pulakan? Kalau menunjuk muka sedih pun tak boleh. Nanti semakin sedih pula kawan aku tu. Jadi, aku cuma mengangguk kepala tanda aku terima keputusan dia. Tak sampai sebulan lepas tu, aku dikejutkan pula dengan berita mereka dah rujuk semula. Aku tak menghalang sangat kalau mereka memang nekad nak bersatu balik, tapi aku risau pisang akan berbuah dua kali.

Masa saat-saat mengorat dulu, bukan main lapang lagi si sportandclubactivityholic tu. Samalah keadaan dengan ketika dia memujuk kawan aku untuk rujuk kembali. Masa tu mereka tengah bercuti, jadi memang lapang sangatlah mamat tu. Aku takut nanti bila semester baru bermula, dia akan kembali menjadi sportandclubactivityholic. Kerisauan aku terbukti betul apabila kawan aku hilang sabar Isnin lepas. Semuanya gara-gara mamat taksub sukan tu membiarkan kawan aku menunggu 3 jam, dengan perut kelaparan, kata pengesahan untuk makan tengah hari bersama. Mamat tu lansung tak berusaha untuk beritau kawan aku yang janji mereka dibatalkan. Apabila kawan aku dengan hati panas meluahkan semua kekecewaan yang terbuku dalam hati selama ni dengan satu panggilan telefon, terkulat-kulat si sportandclubactivity di hujung talian. Itulah, jangan dicabar kesabaran orang yang pemendam. Bila batas kesabaran dilampaui, kepercayaan boleh tergugat atau hilang sepenuhnya.

Sekarang ni, mereka dah berbaik semula. Kawan aku pula nampak sedikit berubah. Selama ni dia menjadi mak turut si sportandclubactivity tu. Semua alasan yang diberi diterima tanpa was-was. Tapi tidak lagi sekarang. Dia boleh maafkan apa yang baru berlaku, tapi ingatan itu takkan mudah hilang. Jika kesabaran diuji sekali lagi, aku rasa kawan aku mesti minta cerai talak tiga. Kalau si sportandclubactivity tu tak belajar apa-apa dari apa yang dah berlaku ni, aku rasa dia memang tak sesuai memiliki pasangan selagi dalam otak dia cuma ada sukan dan aktiviti kelab. Biarkan saja dia hidup dengan sukan-sukan dan aktivit-aktiviti kelabnya tu.

15 Mac 2006

Novel : The Immortal Highlander

Image Hosted by ImageShack.us Dengan mata mengantuk, aku teruskan juga niat aku untuk habiskan novel yang berjudul The Immortal Highlander. Aku dah nak sampai bab-bab yang terakhir, maka keinginan untuk mengetahui kesudahannya membuak-buak dalam diri aku. Dalam lingkungan pukul 4 pagi, aku tiba ke perkataan terakhir dalam novel tu. Bagi mereka yang sukakan novel cintan cintun Inggeris ditambah dengan sedikit pengembaraan dan aksi, bolehlah cuba baca novel ni. Tapi harus diingat, dah menjadi satu benda penting dalam setiap novel fiksyen Inggeris, adegan 18sx turut diselitkan. Kalau anda tak boleh nak terima atau berusia kurang daripada 18 tahun ke bawah, elakkanlah diri anda dari membaca buku-buku macam ni.

Harga sewa yang murah menjadi daya penarik utama untuk aku membaca novel ni. RM6 saja dan mungkin akan berkurang selepas aku pulangkan nanti. Di samping tu, plot, jalan cerita dan watak-watak utama yang memiliki personaliti yang kuat, turut menarik minat aku untuk cuba membaca. Aku sukakan watak heroin yang bijak, berpendirian teguh, tidak mudah tunduk dengan rupa paras lelaki (kalau ya pun, dia tak tunjuk sangat) dan sekali dua mampu membuatkan pembaca tersenyum dengan gelagatnya. Ciri-ciri sebeginilah yang dimilik oleh watak utama cerita ni.

Kebolehan hero novel ni untuk hidup beribu-ribu tahun (dia adalah seorang pari-pari ~ selama ni aku ingat pari-pari lebih sesuai untuk perempuan saja), berupaya untuk menghaibkan diri, merentas masa dan berpindah tempat sama ada dalam jarak dekat atau jauh (tak payah naik kapal terbang lagi dah - kuasa dia macam kuasa Goku pula) membuatkan aku terfikir alangkah baik sekiranya aku memiliki kuasa hebat sebegini. [mengeluh]

Jalan ceritanya bolehlah tahan. Ia mengisahkan mengenai Adam Black, pari-pari yang disumpah menjadi manusia biasa yang tak mampu dillihat dengan mata kasar manusia, kerana terlalu melibatkan diri dengan dunia manusia. Dia terlalu ingin kembali ke bentuk asal, jadi dia perlu kembali ke dunia pari-pari dan menghadap Aoibheal, ratu pari-pari supaya sumpahan yang dijatuhkan ke atasnya ditarik balik. Memandangkan dia tak dapat kembali ke dunia pari-pari tanpa kuasa asalnya, Adam amat memerlukan bantuan Gabrielle O'Callaghan yang mempunyai kuasa untuk melihat dunia pari-pari. Untuk mengetahu kesudahan kisah Adam, luangkanlah masa anda untuk membaca novel ni. Kalau anda nak menyewa buku The Immortal Highlander ni, bolehlah ke kedai buku sewa yang terletak di dalam bangunan utama Pasar Seni. Jika anda bernasib baik atau rajin mencari, anda akan mendapat harga sewa yang rendah. Selamat membaca! Lepas ni, aku nak baca novel Hot Pursuit pula.

11 Mac 2006

Semoga Yang Ni Bertahan Lebih Lama Dari Yang Sudah-Sudah

Aku tak tau berapa lama blog ni akan bertahan. Semua blog aku ada sebelum ni, tak mampu untuk wujud lama biarpun untuk 3-6 bulan. Hampir semua diisytiharkan 'meninggal dunia' kerana ketidakaktifan aku, kecuali untuk blog terakhir yang aku miliki sebelum ni. Aku bangga betul dengan blog tu sebab berupaya untuk hidup lebih dari setahun. Kalau bukan disebabkan web utama di mana blog aku berada mengalami masalah server drive, aku percaya blog tu dapat menjadi saksi bertulis hari perkahwinan aku, yang sudah semestinya tak akan berlaku dalam tahun-tahun terdekat ni. Sekarang, aku terpaksa mula dari titik asal dengan blog baru, komitmen baru dan alasan yang paling pelik sebagai motivasi untuk aku bangkit semula.

Setiap pemilik blog mempunyai alasan tersendiri untuk memiliki sebuah blog. Ada yang melakukannya kerana minat menulis dan blog adalah cara terbaru untuk mereka memperkembangkan bakat penulisan mereka. Ada pula yang beria-ia untuk memiliki blog kerana tak nak ketinggalan dalam trend paling terkini dan hangat iaitu blogging. Manakala sebilangannya pula menjadikan blog sebagai kaunselor tak bertauliah atau teman baik untuk mereka luahkan perasaan dan rahsia terpendam yang tak boleh diutarakan di dunia nyata. Mereka takut dipandang serong atau dibenci masyarakat jika kesemua rahsia dan perasaan yang terkubur selama ni diketahui oleh orang-orang yang mengenali mereka. Alasan ni pernah menjadi pendorong untuk aku melibatkan diri dalam dunia blogging. Tapi itu dulu. Sekarang aku didorong oleh sebab lain. Kali ini, motif utama aku adalah untuk mendapatkan sebuah lagu dari seorang blogger. Yup, sebuah lagu. Lagu tu bertajuk Shine yang dinyanyikan oleh Shannon Noll, seorang penyanyi Australia.

Pertama kali aku terdengar lagu ni dari sebuah iklan tv, aku tau aku mesti dapatkan lagu ni. Artis Australia tak memiliki pendedahan yang luas sepertimana artis Amerika atau Eropah di Malaysia, jadi untuk mendapatkan c.d atau kaset Shannon Noll dari kedai muzik tempatan adalah satu kerja mustahil. Alternatif lain adalah dengan membeli c.d atau kaset tu secara online. Erm... mungkin tidak. Secara jujur, aku tak kisah pun kalau tak dapat c.d atau kaset penyanyi tu. Yang penting bagi aku cuma lagu tu saja. Aku boleh dapatkan fail mp3 lagu tu online dan burn ke c.d. Aku tau cara ni salah di sisi undang-undang, tapi bagi orang yang tak berduit banyak macam aku ni, itulah satu-satunya cara untuk aku mendapatkan lagu yang aku suka. Jadi, aku pun bertempeklah depan komputer, mencari fail lagu tu. Dari sejam berlanjut ke berjam-jam. Dari berjam-jam berlanjutan pula ke hari. Pencarian ni semakin hari semakin mustahil aku rasa. Aku kecewa dan hampir putus asa, sehinggalah secara tak sengaja aku terjumpa satu blog dengan entri yang mengkhabarkan semua pembaca tentang fail-fail mp3 yang dia miliki buat masa ni. Katanya, dia boleh hantarkan fail-fail tu kepada sesiapa yang berminat. Jadi, aku cuba mengisi komen dalam blog tu, dengan harapan dia dan aku akan dapat mencapai satu corak perhubungan yang lebih mudah dari memberi komen. Ingatkan semua halangan dah tak ada, rupanya-rupanya ada lagi. Pemilik blog tu dah setkan supaya hanya ahli Blogger yang boleh memberi komen. ARGHHH!!!

Tapi aku tak akan berputus asa sebegitu mudah. Dialah satu-satunya sumber yang membolehkan aku memiliki lagu tu. Dia nak ahli Blogger saja kan? Jadi, aku pun daftarkan diri sebagai ahli Blogger dan inilah hasilnya. Aku belum lagi membuat sebarang perhubungan dengan pemilik blog tu, tapi aku akan lakukannya nanti. Aku berharap sangat dia dapat tolong aku. Aku juga berharap blog ni akan bertahan lebih lama dari yang terdahulu. Penatlah asyik mula dari bawah.

Semoga Yang Ni Bertahan Lebih Lama Dari Yang Sudah-Sudah

Aku tak tau berapa lama blog ni akan bertahan. Kebanyakan blog yang aku ada sebelum ni, tak de hayat yang panjang. 3-6 bulan lepas direka, terus K.O disebabkan 'kemalasan' aku kecuali untuk blog sebelum blog yang ni  Aku bangga betul dengan blog tu sebab berupaya untuk hidup lebih dari setahun. Kalau bukan disebabkan host blog tu mengalami masalah server drive, aku percaya blog tu dapat menjadi saksi bertulis hari perkahwinan aku, yang sudah semestinya tak akan berlaku dalam tahun-tahun terdekat ni. Sekarang, aku terpaksa mula dari titik asal dengan blog baru, komitmen baru dan alasan yang paling pelik sebagai motivasi untuk aku bangkit semula.

Setiap pemilik blog mempunyai alasan tersendiri untuk memiliki sebuah blog. Ada yang melakukannya kerana minat menulis dan blog adalah cara terbaru untuk mereka memperkembangkan bakat penulisan mereka. Ada pula yang beria-ia untuk memiliki blog kerana tak nak ketinggalan dalam
trend paling terkini dan hangat iaitu blogging. Manakala sebilangannya pula menjadikan blog sebagai kaunselor tak bertauliah atau teman baik untuk mereka luahkan perasaan dan rahsia terpendam yang tak boleh diutarakan di dunia nyata. Mereka takut dipandang serong atau dibenci masyarakat jika kesemua rahsia dan perasaan yang terkubur selama ni diketahui oleh orang-orang yang mengenali mereka. Alasan ni pernah menjadi pendorong untuk aku melibatkan diri dalam duniablogging. Tapi itu dulu. (Tak. Sekarang masih guna alasan tu jugak - aLiN 20.08.2010) Sekarang aku didorong oleh sebab lain. Kali ini, motif utama aku adalah untuk mendapatkan sebuah lagu dari seorang blogger. Yup, sebuah lagu. Lagu tu bertajuk Shine yang dinyanyikan oleh Shannon Noll, seorang penyanyi Australia.

Pertama kali aku terdengar lagu ni dari sebuah iklan 8tv, aku tau aku mesti dapatkan lagu ni. Artis Australia tak memiliki pendedahan yang luas sepertimana artis Amerika atau Eropah di Malaysia, jadi untuk mendapatkan c.d atau kaset 
Shannon Noll dari kedai muzik tempatan adalah satu kerja mustahil. Alternatif lain adalah dengan membeli c.d atau kaset tu secara online. Erm… mungkin tidak. Secara jujur, aku tak kisah pun kalau tak dapat c.d atau kaset penyanyi tu. Yang penting bagi aku cuma lagu tu saja. Aku boleh dapatkan fail mp3 lagu tu online dan burn ke c.d. Aku tau cara ni salah di sisi undang-undang, tapi bagi orang yang tak berduit banyak macam aku ni, itulah satu-satunya cara untuk aku mendapatkan lagu yang aku suka. Jadi, aku pun bertempeklah depan komputer, mencari fail lagu tu. Dari sejam berlanjut ke berjam-jam. Dari berjam-jam berlanjutan pula ke hari. Pencarian ni semakin hari semakin mustahil aku rasa. Aku kecewa dan hampir putus asa, sehinggalah secara tak sengaja aku terjumpa satu blog dengan entri yang mengkhabarkan semua pembaca tentang fail-fail mp3 yang dia miliki buat masa ni. Katanya, dia boleh hantarkan fail-fail tu kepada sesiapa yang berminat. Jadi, aku cuba mengisi komen dalam blog tu, dengan harapan dia dan aku akan dapat mencapai satu corak perhubungan yang lebih mudah dari memberi komen. Ingatkan semua halangan dah tak ada, rupanya-rupanya ada lagi. Pemilik blog tu dah setkan supaya hanya ahli Blogger yang boleh memberi komen. ARGHHH!!!

(Sekarang... tak yah nak buat macam ni lagi dah.... kalau kau tau benda ni dulu lagi.. tak yah lah nak bersusah payah sampai macam ni...:P - aLiN 20.08.2010)

Tapi aku tak akan berputus asa sebegitu mudah. Dialah satu-satunya sumber yang membolehkan aku memiliki lagu tu. Dia nak ahli 
Blogger saja kan? Jadi, aku pun daftarkan diri sebagai ahli Blogger dan inilah hasilnya. Aku belum lagi membuat sebarang perhubungan dengan pemilik blog tu, tapi aku akan lakukannya nanti. Aku berharap sangat dia dapat tolong aku. Aku juga berharap blog ni akan bertahan lebih lama dari yang terdahulu. Penatlah asyik mula dari bawah.

(Rasanya.. aku tak dapat mp3 tu... T-T.. tak pe Youtube dan Google kan ada.. - aLiN 20.08.2010)

Disqus for 365 Hari